Followers

Sunday 1 February 2015

Nabi Harun (هارون) S.A.W.


Sejarah Ringkas


  •           Nabi Harun S.A.W adalah saudara (abang) nabi Musa S.A.W.
  •           Nabi Harun S.A.W diutus kepada kaum Bani Israel.
  •           Baginda diutus di atas permohonan Nabi Musa S.A.W kepada Allah kerana Nabi Harun fasih dan pintar berhujah.
  •           Baginda sentiasa menasihati dan melarang kaumnya daripada menyembah patung dan anak lembu yang mereka ukir daripada logam.

  •           Mereka mahu menerima seruan baginda untuk mentaati Allah dan meninggalkan kekufuran.
  •           Mereka mengugut untuk membunuh baginda. Nabi Harun S.A.W berdoa supaya mereka yang menderhaka diberi balasan.
  •           Allah memakbulkan doa baginda dengan menurunkan azab yang setimpal dengan perbuatan mereka.
  •           Demikianlah balasan Allah ke atas mereka yang ingkar dan mendustakan Allah.


Dalil

   
53. Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat kami, saudaranya: Harun, Yang juga berpangkat Nabi.
                                                                                          (Surah Maryam: ayat 53) 

Iktibar


  •           Patuhi perintah Allah dan Rasul dengan penuh sabar dan taat.
  •           Hanya kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan.
  •           Sentiasa berusaha memantapkan keimanan.

  •           Allah memberi hadiah kepada mereka yang Allah kehendaki.


Mukjizat


-          Fasih berkata-kata dan pintar berhujah menentang para pembesar firaun.

Nota Tambahan


  •           Salah seorang putera kepada Umran, abang kepada nabi Musa S.A.W.
  •           Semasa kecil, baginda mengembala kambing dan setelah dewasa bertugas sebagai pengawal di istana Firaun.
  •           Baginda amat fasih dan pintar berkata-kata serta berhujah.
  •           Di utus menjadi nabi dan rasul ketika berusia 70 tahun.
  •           Baginda melarang Samiri (ketua pengasas penyembah patung lembu emas) dan pengikutnya dari menyembah berhala.
  •           Antara balasan kaumnya ialah telah di sesatkan Allah di padang teh selama 40 tahun kerana keingkaran mereka memasuki Baitul Maqdis.
  •           Wafat semasa usianya 122 tahun ketika sesat bersama kaumnya di padang teh selama 12 tahun.

No comments:

Post a Comment