Followers

Sunday 15 February 2015

Hari Kiamat



Pengertian Hari Kiamat
Hari kebangkitan semula makhluk di akhirat selepas kehancuran alam dunia. Segala yang mati akan dihidupkan semula dan dihimpumkan di padang Masyar untuk dihisap amalan mereka sebelum ditempatkan sama ada di syurga atau neraka. 

 Hukum mempercayainya:
 Wajib setiap Islam  yang mukalaf beriman dengan adanya hari kiamat.

Maksud dalil kiamat:
 Ia berkata: Ia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?".
 Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pandangan menjadi berpinar-pinar (kerana gerun dan takut), dan bulan hilang cahayanya dan matahari dan bulamn dihimpunkan bersama. Pada hari itu berkatalah manusia: " ke manakah hendak melarikan diri?". tak usahlah bertanya demikian! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

Keadaan Manusia pada Hari Kiamat ada 2 golongan:
 - golongan pertama: mereka dalam keadaan yang baik, tenang , gembira, lagi selamat serta tidak berasa bimbang menghadapi Hari Kiamat.
- golongan kedua: sentiasa dalam keadaan resah gelisah dan menghadapi berbagai penderitaan serta kesengsaraan.

Hikmah Allah menjadikan Hari Kiamat
-Setiap mukalaf sentiasa mengabdikan diri kepada Allah.
-Segera bertaubat setelah menyedari melakukan dosa.
-Meningkatkan keimanan orang islam sepanjang masa.
-Menggandakan amalan baik dan segera meninggalkan perkara mungkar.

 


No comments:

Post a Comment