Followers

Wednesday 25 February 2015

Latihan hari kiamat


Latihan


1)  Berikan maksud Hari Kiamat yang betul.


2)   Pada Hari Kiamat, Allah memberikan pelbagai gambaran tentang golongan  Hari Kiamat pada ketika itu. Berikan 2 golongan keadaan manusia pada Hari Kiamat.


3)   Jelaskan hikmah Allah menjadikan Hari Kiamat.





-----------------------------------------





Jawapan

1.  Berikan maksud Hari Kiamat yang betul.
= Hari kebangkitan semula makhluk di akhirat selepas kehancuran alam dunia. Segala yang mati akan dihidupkan semula dan dihapuskan di padang masyar untuk dihisap amalan mereka sebelum dilemparkan ke syurga atau neraka.

2.  Pada Hari Kiamat Allah memberikan pelbagai gambaran tentang golongan  Hari Kiamat pada ketika itu. Berikan 2 golongan keadaan manusia pada Hari Kiamat.
= 1- mereka dalam keadaan yang baik,tenang, gembira, dan tidak berasa bimbang.
   2- sentiasa dalam resah gelisah dan menghadapi derita serta kesengsaraan.

3.   Jelaskan hikmah Allah menjadikan Hari Kiamat
= 1- supaya manusia mengabdikan diri pada Allah
   2- segera bertaubat apabila sudah melakukan dosa.
   3- supaya manusia sentiasa mengingati mati.



Objektif Pembelajaran




Untuk entri hari kiamat, kami menjangkakan pelajar akan dapat:


  1. menyatakan pengertian hari kiamat dengan betul.
  2. menyenaraikan hikmah Allah menjadikan hari kiamat dengan baik.
  3. membezakan 2 golongan manusia pada hari kiamat dengan tepat.

PERKARA SAM’IYAT


Pengertian 


perkara-perkara ghaib yang boleh diketahui melalui al-quran dan sunah.




Hukum

 wajib mempercayai dengan penuh yakin

Contoh perkara-perkara sam’iyat 

 syurga, neraka, alam barzah, roh

Kelebihan mempercayai perkara sam’iyat

•Menjadikan seorang itu lebih bertakwa 

•Kuat bersabar menghadapi dugaan dan cabaran  

•Kehidupan penuh dengan keberkatan dan kerahmatan

Akibat tidak mempercayai perkara sam’iyat

  • Mudah putus asa dan tidak bersyukur
  • Hidupnya sentiasa gelisah
  • Hidupnya tidak ada panduan dan pedoman





Sunday 15 February 2015

Nama-nama hari kiamat dan maksud serta tanda-tandanya


Hari Kiamat
 
يوم الآخرة : Hari akhir dunia
يوم الحشر : Hari perhimpunan
: يوم الجزاءHari pembalasan
: يوم البعثHari kebangkitan
: يوم الحسابHari perhitungan  


NAMA
MAKSUD NAMA-NAMA KIAMAT
يوم الآخرة
Hari akhir dunia, iaitu berlakunya kehancuran segala isi alam, semua yang hidup akan mati.
يوم الحشر
Hari kebangkitan, iaitu Allah menghidupkan semula mereka yang telah mati.
يوم البعث
Hari perhimpunan, iaitu hari yang akan menghidupkan semua akan manusia di padang mahsyar
يوم الحساب
Hari perhitungan, iaitu setiap amalan dan perbuatan manusia akan dihitung sebelum ditempatkan sama ada di syurga atau neraka.
يوم الجزاء
Hari pembalasan, hari yang akan diberikan balasan segala amalan baik atau perbuatan jahat seseorang.
 
Tanda-tanda kiamat ialah:

  1. Matahari terbit dari barat.
  2. Muncul ya'jujj dan ma'jujj.
  3. Keluar ad-dabaabah dari bumi.
  4. Turun nabi Isa a.s.
  5. Berlaku gempa bumi
  6. Muncul Dajjal.

Tanda-tanda kiamat kecil
  1. Diangkat ilmu agama (dimatikan alim ulama')
  2. Banyak pelacuran.
  3. Bilangan perempuan lebih ramai dari lelaki.
  4. Banyak berlaku pecah amanah.
  5. Muncul nabi palsu.
  6. Manusia bermegah-megah dengan bangunan besar.
  7. Banyak berlaku pembunuhan.
  8. Timbul banyak fitnah.

Tanda-tanda kiamat besar
  1. 3 kali gempa di bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di semenanjung Arab.
  2. Lahirnya Dajjal.
  3. Diangkat Al-quran dan perkara baik
  4. Runtuhnya kaabah.
  5. Ada azan tidak di jawab.
  6. Terdengar tiupan sangkakala pertama.