Followers

Saturday 31 January 2015

Nabi Zulkifli (ذوالكفل) S.A.W


Sejarah ringkas


  •           Nabi Zulkifli S.A.W adalah anak Nabi Ayub.
  •           Nama sebenar baginda adalah Basyar. Diberi nama Zulkifli kerana sanggup melaksanakan amanah raja.
  •           Raja telah menawarkan kepada rakyatnya supaya yang sanggup untuk menggantikan dirinya. Tetapi dengan syarat sanggup untuk berpuasa pada siang hari dan beribadah pada waktu malam. Ini kerana raja yang ada telah tua dan tidak mempunyai waris.
  •           Baginda sanggup memegang janji untuk menjadi raja yang baru di negerinya kerana tiada seorang yang sanggup memikul dan menerima tawaran menjadi pemerintah. 
  •           Baginda dengan rasminya di lantik menjadi raja Rom yang ketiga.
  •           Baginda tidak sombong dan seorang yang penyabar.
  •           Baginda seorang yang soleh, taat kepada ibu bapa, rajin beribadah pada waktu malam dan berpuasa pada siang hari.
  •           Baginda wafat ketika berusia 75 tahun.


Nota tambahan


  •           Baginda mempunyai rakyat yang ramai dan berusia lanjut hingga negerinya padat dan menghadapi masalah bekalan makanan.
  •            Selepas itu, rakyatnya yang panjang umur meminta baginda supaya menentukan ajal mereka.


Mukjizat


          Kemakbulan doa baginda memohon agar rakyatnya panjang umur dan mereka tidak mati dalam peperangan. Jarang sekali Allah mengkabulkan permintaan seseorang yang tidak mati dalam peperangan.

Dalil


    
85. Dan (Demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang Yang sabar.
86. Dan Kami masukkan mereka Dalam (kumpulan Yang dilimpahi) rahmat kami: Sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang Yang soleh.
                                                                            (Surah Al-Anbiyaa: ayat 85-86)


Iktibar

  •           Tidak menyalahgunakan kedudukan atau pangkat untuk kepentingan diri atau keluarga.
  •           Bersabar menghadapi ujian dalam melaksanakan tangunggjawab.
  •           Bertaqwa kepada Allah di mana jiwa berada.
  •           Syarat seorang hakim ialah adil dan bijaksana.
  •           Beristiqomah dalam melaksanakan ibadah.




Nabi Musa (موسى) S.A.W


Entri kali ini mengisahkan tentang sejarah Nabi Musa S.A.W.

Sejarah Ringkas

  •           Nabi Musa dilahirkan di Mesir pada zaman pemerintahan firaun dari kalangan bani Israel.
  •           Ramai bayi laki-laki telah di bunuh oleh Firaun (gambar di bawah merupakan gambaran wajah Firaun).

  •           Allah telah menyelamatkan Nabi Musa ketika baginda dilahirkan.
  •           Setelah Nabi Musa menjadi rasul, baginda menyeru Firaun dan kaumnya supaya beriman kepada Allah.
  •           Firaun dan pengikutnya menentang seruan Nabi Musa dengan mencabarnya untuk berlawan sihir dengan ahli sihir firaun.
  •           Haman (penasihat firaun) telah mencadangkan kepada firaun agar berlawan dengan Nabi Musa.
  •           Ahli sihir firaun dapat dikalahkan dengan mukjizat tongkatnya menjadi ular besar menelan segala ular ahli sihir firaun (berikut merupakan sedikit gambaran mengenai perlawanan antara Nabi Musa dan ahli sihir).
  •           Firaun dan pengikut-pengikutnya tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut lalu memburu Nabi Musa danpmengikutnya hingga ke laut merah.
  •           Nabi Musa dan pengikutnya berjaya menyelamatkan diri dengan tongkatnya.
  •           Mukjizat Nabi Musa telah menenggelamkan Firaun dan pengikutnya ke dalam laut merah.

  •           Allah menimpakan azab ke atas orang yang ingkar dan sombong serta mengaku dirinya tuhan.


Dalil



5. Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu?" maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran Yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang fasik - derhaka.                                                   
                                                                                     (Surah As-Saff: ayat 5)

Iktibar


  •          Allah melarang membunuh sesama sendiri.
  •          Allah melarang melakukan kezaliman.
  •          Wajib bersyukur dengan nikmat Allah.
  •          Sihir dilarang dalam Islam.
  •         Mentaati Allah akan selamat di dunia dan akhirat.
  •         Hanya Allah tuhan yang wajib disembah.



Nota tambahan


            Nabi Musa S.A.W menyeru Qorun (قارون) mengeluarkan zakat

  •          Qorun adalah berasal dari keluarga yang sangat miskin. Dia telah meminta Nabi Musa berdoa agr menjadi kaya. Walaupun telah dinasihati oleh nabi Musa tetapi beliau tetap dengan pendiriannya. Setelah kaya, dia telah sombong dan bongkak. Dia telah lupa bahawa kekayaan yang diberi datang dari Allah.
  •           Qorun hanya bermegah dan pamerkan kemewahannya. Nabi Musa memberi nasihat dan menyeru agar mengeluarkan zakat atas perintah Allah. Kadar zakatnya ialah separuh daripada keseluruhan harta yang dimilikinya. Inilah perintah wajib mengeluaran zakat yang disyariatkan kepada umat manusia.
  •           Qorun tidak mahu mengeluarkan zakat malah berkata: “ Mengapa ketika susah tiada kewajipan berzakat tetapi setelah dia kaya ada hukum ini?”. Qorun banyak kali merancang untuk memalukan baginda tetapi Nabi Musa masih dipelihara oleh Allah.
  •           Akibat Qorun masih enggan mengeluarkan zakat, bumi telah menelan harta dan istananya atas perintah Allah diseksakan oleh kaum Nabi Musa.



Kezaliman di zaman pemerintahan firaun.

  •           Firaun mengaku dirinya sebagai tuhan untuk disembah.
  •          Menjadikan bani Israel seperti hamba dengan membuat kerja-kerja berat.
  •           Semua bayi lelaki bani Israel yang lahir dibunuh (disembelih).
  •           Menyeksa ahli-ahli sihir firaun yang beriman kepada Allah.
  •           Firaun berusaha memusnahkan Nabi Musa dan Nabi Harun serta bani Israel.


Mukjizat


  •          Kitab Taurat dalam bahasa I’brani.
  •           Tongkat boleh bertukar menjadi ular dan menelan semua ular-ular sihir.
  •           Membelah laut merah dengan tongkat.
  •           Tangan Nabi Musa bersinar ketika dikeluarkan dari sakunya.
  •           Turun makanan “مَنَّى وَسَلْوَى” dari langit.
  •           Boleh menghidupkan orang yang telah mati.
  •           Terpancar air dari batu.
  •           Berbicara dengan Allah secara langsung. 

Nabi Syuib (شعيب) S.A.W


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pada entri yang kedua ini mengisahkan tentang sejarah Nabi Syuib S.A.W.

Sejarah Ringkas

  •   Nabi Syuib S.A.W adalah dari keturunan Nabi Lut. Bapa nabi berketurunan Arab.
  •   Nabi Syuib diutus kepada kaum Madyan di negeri Syam untuk mentaati Allah.


Kaum Madyan:
  • Kaum yang terkenal dengan menyembah berhala.
  • Menipu dalam jual beli (mengurangkan sukatan dan timbangan dalam perniagaan).
  • Berakhlak buruk dan jahat yang membuat pelbagai kejahatan dan kerosakan. 
  • Seruan baginda tidak di endahkan malah di ugut akan diusir keluar dari Madyan namun baginda tetap bersabar dan terus menyeru kaumnya.
  • Baginda berdoa kepada Allah dan doanya dimakbulkan setelah mandapati kaum Madyan masih mengingkari seruannya.
  • Kaumnya telah ditimpa bala bencana udara menjadi panas berterusan dan disusuli dengan gegaran bumi yang sangat dahsyat.


Dalil


 
85. Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. ia berkata: "Wahai kaum Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan Yang nyata dari Tuhan kamu. oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara Yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang Yang beriman.      

                                                                                      (Surah Al-A'raff: ayat 85)


Iktibar

  • Allah maha berkuasa atas segala-galanya.
  • Hendaklah amanah dalam jual beli.
  • Wajib bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.

Nota tambahan

  • Madyan adalah nama putera Nabi Ibrahim Alaihis Salam. Kemudian terjadi nama kabilah yang terdiri dari anak cucu Madyan.
  • Kabilah ini tinggal di suatu tempat yang juga dinamakan madyan yang terletak di pantai laut merah di tenggara gunung Sinai.


Nabi di utus kepada penduduk Aikah(أَيْكَةٌ)


  •                   Mereka tidak berbeza dengan penduduk Madyan.
  •                   Aikah ialah sebidang padang pasir dengan beberapa pohon dan tanaman.
  •               Mereka jahat dan berakhlak buruk.
  •                 Kaum Aikah tidak beragama. Mereka menyembah lembu Aikah.
  •                   Kaum Aikah mengancam dan mengugut bermacam-macam ancaman kepada nabi.
  •                  Akhirnya Allah membinasakan kaum ini dengan mendatangkan awan gelap sama seperti Madyan.
  •               Mereka berlari-lari masuk ke bawah awan yang di sangka hujan akan turun.
  •           Kesemua penduduk Aikah yang tidak beriman mati di timpa hujan api yang amat dahsyat.


Iktibar


  •         Patuhi perintah Allah dan Rasul dengan penuh taat dan sabar.
  •           Hanya kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan.
  •           Sentiasa berusaha memantapkan keimanan.
  •        Allah maha pengampun akan kesalahan hamba-Nya.
  •           Berhati-hati dengan hasutan dan godaan syaitan.
  •         Wajib bersifat amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
  •           Orang yang berakhlak buruk akan mendapat kebinasaan.


Mukjizat

  •      Kepetahan dan pandai bercakap serta berhujah yang boleh mengelukan lidah kaumnya yang pintar-pintar.
  •       Nabi Syuib terkenal dengan gelaran “ Khatib Ummat”.


Keluarga Nabi Syuib

         
 Mempunyai dua orang puteri. Salah seorang puterinya berkahwin dengan Nabi Musa.

--------------------------------------------------

Di bawah ini merupakan video yang mengisahkan kaum Nabi Syuib. Semoga berseronok!!^^